Friday 17 April 2015

SKODENG BLOG TIP HARTANAH

PELABURAN HARTANAH
SUBLET

Assalamualaikum wbt,

Hari makin hari,bulan makin bulan..
Setiap hari duduk di kedai menatap laptop sambil online.
sambil berbisnes sambil tu aku search pelbagai sahaja perkara yang keluar dari fikrian minda
Maka ada sahaja perkara yang aku ingin tambah bagi menyerap sedikit kekayaan..ngeh,ngeh,ngeh
Dari bisnes produk kesihatan & kecantikkan, pakaian serta bisnes jualan kereta
Dan harini terfikir nak join pelaburan hartanah iaitu sublet.

Diikutkan sebenarnya dulu lagi pernah terfikir beberapa kali juga nak melibatkan diri
Bila tengok FB kawan2 yang post tentang rumah sewa mereka
Memang agak menarik di situ
tapi...tiada siapa yang ada untuk saya bertanyakan 
sehinggalah harini rajin pula saya baca entri/blog agen hartanah
abang ensem, paih aman, farid adam....
Tu je kut buat masa ni sebab blog abang ensem sangat tu banyak juga post yang menarik

Tapi ramai pelabur hartanah ni ramai lelaki je ke
sebab tak jumpa entri dari wanita tentang hartanah
tak apa,nanti boleh cari lagi

Mungkin untuk pertama kali nak menceburi
Rasa kena join mana2 seminar la kut
tapi hope ada ramai wanita...tak la segan sangat
Seminar tu mungkin banyak berguna sebab dari penyampai2 yang sudah berjaya dalam bidang tu
Malah hasil bualan dorang dah cecah ribu-riban
Means dari situ mungkin sudah ada 20 sublet masing2

Banyak benda kena belajar
dari servey tempat kediaman, Tenant Agreement, konsep win-win dengan owner rumah,
bla..bla..blaa.....
okey
Rasa seminar mana yang best dan berpatutan patut saya join
Ada yang nak syor tak?
heee..heeee

Dan subletter (xtau betul ka x)  juga kena keluarkan modal sendiri
dari segi deposit rumah
Barang kelengkapan rumah termasuk bilik
Semua kelengkapan satu set..dalam bilik,ruang tamu,dapur..
Kekemasan dalam rumah lagi kan..
Hanya yang jiwa kental dan berani mencuba sahaja boleh berjaya dalam bidang
tapi tidak juga, jika kita betul2 berminat dan ada modal terus cebur sahaja
Dan kena ada mentor yang mengajar
Jangan pandai2 sendiri
Siapa nak jadi mentor saya...angkat tangan please..

Apapun bisnes kereta tetap berjalan
Alhamdulillah prospek sudah sign agreement untuk Exora Exec Turbo
Daerah Manjung...loan cepat lulus..Full Loan

Nanti sambung lagi bab sublet ni
Banyak2kan membaca k..
Salam....


No comments:

Post a Comment