Tuesday 4 October 2016

DUNIA BARU

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,
Masih lagi bernafas sehingga hari ini.
Setelah 6 bulan tidak bekerja dan menjaga butik.
Akhirnya 1/6/2016 dapat panggilan untuk berbakti di Bank Rakyat sebagai Telecollector bawah Kelly Services.

Erti kata saya balik semula ke KL, rumah sewa yang sama juga.
Happy pun ada.
Dalam setahun berkhidmat, macam2 dugaan dan cabaran yang ditempuh sepanjang kerja.
Kerja best walaupun stress oleh management, pegawai yang baik, dan kawan2 yang happening sgt...





Gambar atas, pegawai dan kawan-kawan Bank Rakyat.
Allah swt. kurniakan sahabat yang baik2.
Ini adalah memori buat saya sepanjang bekerja di sana.




Dua gambar diatas, kami Team Aitab (kenderaan) yang baru.
Kalau yang lama,masa mula2 masuk dulu kat bawah ni (kecuali yg baju biru hujung tu si farah)

Kenapa saya cakap setahun...sebab saya dah berhenti kerja last pada 30/5/2016. Cukuplah setahun berkhidmat,tak perlu sambung kontrak.
Sebab kenapa, saya akan sambung pada entry berikutnya.
Sedih juga sebab seorang demi seorang yang keluar dari BR ni, dapat panggilan yang lebih baik.

Saturday 18 April 2015

MAKAN ~ KFC

SET KFC SUPER JIMAT BOX



Assalamualaikum wbt,
Entry harini tentang set KFC- Super Jimat Box

ahahh, takde topik lain ke
perut dah krut krut nak sangat dah ni

Untuk makluman awak2, bulan April ni dah 2 kali saya makan set tersebut
1st makan sorang2
2nd time belanja mak sekali (esok hari nya)
Well perut saya bila mengidam sesuatu, memang akan berlarutan sehingga muak
(semalam set spagetti mushroom KFC...ngeh~ngeh~ngeh)

Balik pada KFC super Jimat Box ni
Ada fries,seketul ayam,Lil' Zinger burger dan air Pepsi
Apa yang buat saya suka set ni sebab macam2 ada walaupun burger kecil dan tidak memuaskan nafsu makan tapi puas hati 
Crispier Fries nya memang sedap
(KFC Tesco Manjung)
Laju je saya telan satu persatu
Lepas tu turn burger lak
Lastly ayam goreng sambil hirup air
Harga ok wat RM9.45 nett...inlcude GST
Kata include GST
Tapi tengok harga dulu RM8.95..tak tahu la maksudnya itu
Saya ingat harga dulu dan sekarang tak berubah

Sebelum pelaksanaan GST, pernah fikir
mungkin setahun 3 kali makan KFC..dah mahal agaknya
Tapi..bulan ni dah 3 kali saya makan..ngeh~ngeh~ngeh
Harga pun berpatutan
Cumanya ayam dia je rasa tak puas
1st time beli rasa mungkin dorang salah letak ayam sebab minta Spicy punya
2nd time makan rasa yang sama
Adakah spicy KFC sini tak la Spicy sangat

Beza dulu makan KFC kat KL..memang sedap giler
Memang menjilat jari (biasa kat rumah)

Ok la..lepas ni beli satu set family je untuk saya,mak dan adik
hahaha
Family la sangat
Apa yang penting...saya suka makan ayam goreng
Untuk yang nak merasa KFC bulanan, set ni memang sesuai untuk anda yang berjimat dan bajet.

Salam:)





Friday 17 April 2015

SKODENG BLOG TIP HARTANAH

PELABURAN HARTANAH
SUBLET

Assalamualaikum wbt,

Hari makin hari,bulan makin bulan..
Setiap hari duduk di kedai menatap laptop sambil online.
sambil berbisnes sambil tu aku search pelbagai sahaja perkara yang keluar dari fikrian minda
Maka ada sahaja perkara yang aku ingin tambah bagi menyerap sedikit kekayaan..ngeh,ngeh,ngeh
Dari bisnes produk kesihatan & kecantikkan, pakaian serta bisnes jualan kereta
Dan harini terfikir nak join pelaburan hartanah iaitu sublet.

Diikutkan sebenarnya dulu lagi pernah terfikir beberapa kali juga nak melibatkan diri
Bila tengok FB kawan2 yang post tentang rumah sewa mereka
Memang agak menarik di situ
tapi...tiada siapa yang ada untuk saya bertanyakan 
sehinggalah harini rajin pula saya baca entri/blog agen hartanah
abang ensem, paih aman, farid adam....
Tu je kut buat masa ni sebab blog abang ensem sangat tu banyak juga post yang menarik

Tapi ramai pelabur hartanah ni ramai lelaki je ke
sebab tak jumpa entri dari wanita tentang hartanah
tak apa,nanti boleh cari lagi

Mungkin untuk pertama kali nak menceburi
Rasa kena join mana2 seminar la kut
tapi hope ada ramai wanita...tak la segan sangat
Seminar tu mungkin banyak berguna sebab dari penyampai2 yang sudah berjaya dalam bidang tu
Malah hasil bualan dorang dah cecah ribu-riban
Means dari situ mungkin sudah ada 20 sublet masing2

Banyak benda kena belajar
dari servey tempat kediaman, Tenant Agreement, konsep win-win dengan owner rumah,
bla..bla..blaa.....
okey
Rasa seminar mana yang best dan berpatutan patut saya join
Ada yang nak syor tak?
heee..heeee

Dan subletter (xtau betul ka x)  juga kena keluarkan modal sendiri
dari segi deposit rumah
Barang kelengkapan rumah termasuk bilik
Semua kelengkapan satu set..dalam bilik,ruang tamu,dapur..
Kekemasan dalam rumah lagi kan..
Hanya yang jiwa kental dan berani mencuba sahaja boleh berjaya dalam bidang
tapi tidak juga, jika kita betul2 berminat dan ada modal terus cebur sahaja
Dan kena ada mentor yang mengajar
Jangan pandai2 sendiri
Siapa nak jadi mentor saya...angkat tangan please..

Apapun bisnes kereta tetap berjalan
Alhamdulillah prospek sudah sign agreement untuk Exora Exec Turbo
Daerah Manjung...loan cepat lulus..Full Loan

Nanti sambung lagi bab sublet ni
Banyak2kan membaca k..
Salam....


Friday 27 March 2015

BISNES KERETA

Bisnes Kereta
Proton & Perodua
Anjakan Paradigma

Assalamualaikum,
selamat tengahari
12:59 PM

Hari ini macam nak bagi tahu sedunia
saya buat bisnes kereta secara online
bagi memudahkan dan mempercepatkan proses
serahkan sahaja dokumen anda pada kami
paling cepat result dalam seminggu sahaja
tiada cas tersembunyi
full loan 100%..skim graduan
free penghantaran kepada pelanggan
Kereta 1st hand
Proton dan Perodua

Ada yang bertanya
kenapa secara online
ada orang beli ke?
boleh percaya ke?

kenapa tidak boleh?
di zaman yang teknologinya canggih
tahap penggunaan internet yang laju
tahap pemasaran kena seiring dengan zaman globalisasi
ini dinamakan Anjakan Paradigma
segala konsep pemasaran kita boleh gunakan

kenapa Online Marketing?
Sebabnya lah kan
Sesetengah pembeli tiada masa nak pergi cawangan kereta
Ada yang malu nak bertanya
Ada yang ingin sekadar bertanya dari segi kelayakkan
Saya sedia membantu..hihi..peace**
Senang, mudah dan ringkas
Semudah ABC….

Dari situ saya tahu minat saya ke arah mana
mungkin lepas ni nak ceburi kereta 2nd hand dan kereta import pula
sebab kereta ni banyak permintaan dari segala jenis, model serta pilihan
jadi scope saya tidak tertumpu pada 1 sahaja
jika ada peluang lain saya akan terjah lagi

Mari usha sikit
Saya belanja beberapa keping gambar yekk..

Happy Selling:)

WHATSAPP 0188728244 TERUIH

PROTON IRIZ

MYVI NEW FACELIFT 2015

PERODUA AXIA




Hidup Kisah Ku...

Hidup Kisah Ku...

Assalamualaikum

hmmm..hmm...hmmmm
Okey, secara jujur asa nya ni kali ke-3 buat blog.
yang 1st tak hengat nama blog atau password
yang ke-2 gatal edit template, tak reti habis jahanam

Tapi tiba-tiba terdetik setelah 3 tahun tak buat blog
Tiba-tiba nak buat balik
Sebabnya baru tadi duk baca blog namee roslan

Subhanallah
Ciptaan Allah itu memang cantik
Beliau seorang yang cantik,soft spoken(maybe),kaya dan ada seorang suami yang lagi tua dari beliau but sweet and nice
dekat 4 jam gak baca blog beliau
okey,out of topic sekejap...
Seriously, blog dia memang best baca..

Okey,
saya sekarang dah tak kerja
menganggur
sekarang tolong jaga butik baju family
sambil buat bisnes online

Baju,produk kecantikkan dan kesihatan
Proton dan Perodua

Fb:-
sufie closet
noor ana proton

Okey lagi...
Mungkin sebab tengah marah
tu yang rasa nak buat blog semula

Life kerja dahulu tak sama dengan life sekarang
tak tahu mana yang sebenarnya yg membahagiakan
sekarang dah tak duduk KL
dah pulang ke kampung halaman

Hidup ni sebenarnya
memang penuh dugaan dan cabaran
setiap apa keputusan yang kita ambil
setiap apa yang kita buat
pasti ada yang mempertikaikan
pasti ada yang menghalang 
pasti ada yang merosakkan
pasti ada yang buat spoiled sangat2

kenapa berhenti kerja
kenapa tinggal kampung
ada apa kat kampung
kerja bank bukan dah ok ke?
bukan dah kukuh ke?
rugi la berhenti kerja bank
gaji dah banyak

Ini apa yang orang fikirkan
memandang tinggi pangkat, darjat, pekerjaan tinggi
memandang rendah yang belajar tahap rendah, kerja biasa, hantar anak sekolah pondok, tiada masa depan belajar agama
Ya Allah
ceteknya pemikiran manusia
memikirkan dunia hanya semata
mengabaikan akhirat
sedangkan dunia ni sejengkal lagi hampir tiba kiamat

Conclusion nya
berserah pada Ilahi
mohon petunjuk dariNya
apa yang betul apa yang salah
Doa,usaha dan tawakkal
serapkan dalam nilai diri kita
tak kisah apa yang orang cakap, yang orang sibukkan
tapi
yakin dengan tindakkan dan perbuatan kita
selagi tak melanggar di sisi syarak
selagi kita tidak memudaratkan diri dan orang lain

okey,
ini yang sepatutnya saya buat sejak 3 bulan jaga kedai
menaip blog

okey sekali lagi..
lepas ni nak promote barang2 jualan ye
nak cari kawan blogger

nukilan
Hamba Allah yg terasa hina